In 2018, Who Will Speak Up for Peace in the Korean Peninsula? - Malay

Dalam tahun 2018, Siapakah Yang Akan Bersuara Demi Keamanan Di Semenanjung Korea?

Sudut Pandangan oleh Rick Wayman, Pengarah Program Yayasan Keamanan Zaman Nuklear (NAPF).

SANTA BARBARA, CA (IDN) – Kemungkinan sebuah persidangan antara Donald Trump dan Kim Jong-un bakal terhasil dalam beberapa minggu sahaja lagi. Pelbagai persoalan berlegar-legar: Adakah ia sebuah idea yang baik? Bila dan di manakah ia akan diadakan? Apakah yang mereka akan bincangkan? Siapakah, sekiranya terdapat sesiapa, yang menyiapkan Presiden A.S. untuk pertemuan yang mempunyai taruhan tinggi ini? Adakah ia akan berjaya?

Dalam era Trump, adalah mustahil untuk meneka sekalipun jawapan yang mungkin. Walau bagaimanapun, terdapat isu-isu utama yang mesti diingat sekiranya persidangan yang julung-julung kali ini dihasratkan akan mengesankan perbezaan berkekalan pada Semenanjung Korea dalam konflik yang telah bergenerasi-generasi usianya.

Korea Selatan ialah sebuah negara berdaulat. Presidennya, Moon Jae-in, telah dipilih dalam tahun 2017 selepas berkempen dalam sebuah platform dialog dan perdamaian dengan Korea Utara. Moon secara jelas telah menyatakan bahawa beliau mahu negara beliau untuk “mampu menerajui hal ehwal Semenanjung Korea”.

Sukan Olimpik Musim Sejuk PyeongChang 2018 dan Perjanjian Damai Sementara Olimpik yang berkaitan, yang bermula pada 2 Februari dan berlangsung sehingga 25 Mac, memberi Korea Utara dan Selatan peluang untuk menjalinkan semula usaha diplomatik dan komunikasi tentera ke tentera. Pihak media Barat kebanyakannya telah memutarbelitkan penyertaan Korea Utara dalam Kejohanan dan usaha diplomatik berkaitan sebagai usaha untuk membaji “sendal” di antara A.S. dengan Korea Selatan.

Set minda yang berpihak kepada A.S. ini memperlekehkan pengetahuan presiden Korea Selatan mengenai situasi dan hasrat rakyat Korea Selatan untuk perdamaian. Penilaian semasa sebanyak 74% Presiden Moon mencerminkan bahawa beliau sedang mengusahakan jalan yang dikehendaki oleh majoriti rakyat Korea Selatan.

Sebuah persidangan dalam bulan April antara Moon Jae-in dan Kim Jong-un akan mendahului persidangan Kim-Trump yang lebih digembar-gemburkan. Dua ketua negara Korea ini mempunyai peluang bersejarah untuk memastikan keselamatan berjuta-juta rakyat mereka melalui dialog dan perhubungan kerjasama.

Satu permintaan biasa atas Korea Utara oleh Amerika Syakita ialah bahawa Korea Utara mestilah menyerahkan senjata nuklearnya. Ini sering kali dirujuk sebagai permintaan bahawa sama ada Korea Utara “menyahnuklear”, atau Semenanjung Korea akan dinyahnuklearkan.

Pernyataan daripada utusan khas Korea Selatan yang melawat Korea Utara pada awal bulan Mac 2018 berkata: “Pihak Utara menyatakan dengan jelas kesanggupannya untuk menyahnuklear Semenanjung Korea dan dengan jelasnya menyatakan bahawa sekiranya ancaman ketenteraan terhadap pihak Utara diselesaikan dan keselamatan sistemnya terjamin, ia tidak mempunyai sebab untuk memiliki senjata nuklear.

Apabila memperkatakan tentang penyahnuklearan Semenanjung Korea, kita mestilah ingat bahawa selain senjata nuklear Korea Utara, Amerika Syarikat juga memiliki beratus-ratus senjata nuklear yang “siap sedia dan terisi”, menurut kata Presiden Trump. Pesawat Udara Pengebom, misil balistik antara benua berpangkalan darat dan misil balistik yang dilancarkan oleh kapal selam Amerika Syarikat, kesemuanya mempunyai keupayaan untuk “memusnahkan seluruh” Korea Utara.

Tidak jelas apa yang dimaksudkan dengan jaminan keselamatan mencukupi bagi Korea Utara. Adakah ia sebuah persetujuan oleh A.S. dan Korea Selatan untuk menamatkan gerak latih tentera bersama yang berlatih menyerang Korea Utara? Adakah ia sebuah perjanjian bagi Amerika Syarikat untuk turut serta dalam perundingan yang berteraskan suci hati, bersama-sama dengan Korea Utara dan tujuh buah negara lain yang bersenjata nuklear, untuk mencapai pelucutan senjata sepenuhnya.

Unsur utama mana-mana perjanjian keselamatan mestilah sebuah perjanjian damai yang pada akhirnya menamatkan Perang Korea. Perang itu, yang bermula dalam tahun 1950, dijeda dalam tahun 1953 dengan Perjanjian Gencatan Senjata. Pada hari ini, selepas 65 tahun, perjanjian damai masih belum ditandatangani.

Bercakap di Berlin dalam tahun 2017, Presiden Moon berkata, “Kita hendaklah mengadakan perjanjian damai yang disertai oleh semua pihak berkenaan ketika tamatnya Perang Korea untuk menjamin keamanan berkekalan di semenanjung”.

Adalah mustahak untuk menyertakan sekali suara wanita dalam mana-mana perundingan damai. Dalam webinar pada 7 Mac bertajuk “Wanita Mendukung Keamanan”, Christine Ahn daripada Women Cross DMZ dan Medea Benjamin daripada CODEPINK membincangkan peranan wanita yang tidak boleh diketepikan dalam perundingan damai secara amnya, dan secara khususnya dalam konteks Korea.

Ahn berkata, “Kita kini mempunyai 30 tahun bukti yang menunjukkan bahawa apabila ada keterlibatan wanita, ia membawa kepada perjanjian damai yang sebenar, dan ia bertahan jauh lebih lama”.

Christine Ahn mengembangkan lagi pemikiran ini dalam syarahan cemerlang beliau pada 7 Mac untuk Syarahan Tahunan Frank K. Kelly Ke-17 Yayasan Keamanan Zaman Nuklear mengenai Masa Depan Kemanusiaan. Beliau juga mengumumkan bahawa Women Cross DMZ akan mengelolakan sebuah perentasan DMZ – tertakluk kepada kelulusan kerajaan – dalam bulan Mei 2018.

A.S. dan Korea Selatan merancang untuk menyambung semula gerak latih tentera bersama, meskipun pada skala yang nampaknya dikurangkan, dalam bulan April. Ini secara keterlaluan adalah provokatif, tetapi nampaknya tetap akan dilaksanakan. A.S. telah menjadualkan, dan kemudian secara senyap-senyap membatalkan ujian misil balistik antara benua Minuteman III miliknya pada awal bulan Februari untuk mematuhi Perjanjian Damai Sementara Olimpik.

Korea Utara, dalam memainkan peranannya, telah bersetuju bahawa “selagi perbincangan diteruskan, ia tidak akan menyambung semula provokasi strategik, seperti ujian nuklear atau misil balistik”.

Sebuah resolusi rasmi Perang Korea tidak dijangka dimaterialisasikan melainkan rakyat memintanya. Dengan pihak Rumah Putih yang mencanang-canangkan wawasan ganas “keamanan”, segalanya bergantung kepada rakyat di A.S. dan di seluruh dunia untuk bersuara dalam sokongan terhadap usaha Presiden Moon untuk mencapai perjanjian damai. [IDN-InDepthNews – 23 Mac 2018]